Doa Selamat raikan bakal jemaah haji KSSUP



​​


Oleh : Pg. Syi'aruddin Pg. Dauddin / Foto : Alishahrin Haji Mumin





BERAKAS, Sabtu, 10 Mei. - Kementerian Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan (KSSUP) petang tadi mengadakan Majlis Doa Selamat bagi bakal-bakal jemaah haji terdiri daripada warga kementerian berkenaan serta jabatan-jabatan di bawahnya bagi tahun 1446H / 2025M bertempat di Bilik VIP, Bangunan KSSUP, di sini.


Hadir selaku tetamu kehormat ialah Menteri Sumber-Sumber Utama dan Pelancongan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Awang Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin.


Atur cara dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan Doa Selamat.


Yang Berhormat seterusnya berkesudian menyampaikan cenderahati kepada seramai lima orang bakal jemaah haji.


Juga hadir, Pemangku Setiausaha Tetap, Timbalan Setiausaha Tetap, ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, pegawai dan kakitangan KSSUP serta jabatan-jabatan di bawahnya.


Close